Tuesday, 16 September 2014

Ingin mencuba resipi Pakode? 

Sesuai sebagai hidangan alternatif kepada cekodok. Di bawah ini dicadangkan bahan-bahan dan cara memasaknya.



Bahan-bahan ( cadangan hidangan untuk 4 orang )

  • 2 cawan - kecil kacang dhal yg sudah direndam 4 hingga 5 jam.. (jika nak cepat boleh rebus)
  • 6 ulas bawang merah dihiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar jintan manis+jintan putih
  • 4 sudu besar tepung kacang kuda
  • 6 tangkai cili kering (jika tidak suka pedas, boleh dikurangkan)
  • Garam dan gula secukup rasa

                                                       Cara-cara Penyediaan

  1. Sediakan tepung kacang kuda yg boleh di beli di pasaran..
  2. Kisar kacang dhal bersama cili kering dan daun kari. Pastikan tidak dikisar  terlalu banyak air untuk mengelak dhal dari berderai bila digoereng). Adun bahan kisar bersama tepung kacang kuda.
  3. Panaskan minyak, dan goreng dhal yang telah di kisar dengan api sederhana.
  4.  Ambil bahan kisar segenggam dan lepaskan sikit demi sedikit perlahan-lahan ke dalam minyak..
  5. Goreng sampai separa garing dan sedia dihidangkan..
Sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis keraian seperti kenduri, majlis perkahwinan dan harijadi. Pilihan untuk rasa sangat pedas, manis-manis pedas, dan tidak pedas



Thursday, 26 June 2014

Sempena bulan Ramadhan AlMubarak, kami menyediakan juadah berbuka dan tempahan berbuka puasa dan hari raya. Inilah cucu-cucu bertuah (Luqman AlHakim dan Ammar AlHakim)  bersama kain rentang untuk tatapan semua.

Antara juadah-juadah khusus untuk penduduk Paroi, Seremban dan Senawang:

Roti Goreng
Murtabak
Ayam Tandoori
Kuih-muih

Sila hubungi 013-970-2051 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan


Friday, 9 May 2014

Mesin Mixer Besar IKS

Inilah mesin mixer berkapasiti tinggi yang digunakan untuk mengadun tepung, telur, gula dsbnya untuk dijadikan bahan asal membuat bahulu bunga kemboja atau bahulu cermai. Nak buat kek lain pun mudah

Tuesday, 20 March 2012

Capati Anyone?

Untuk tempahan bagi sebarang majlis, hubungi Kak Bibah terus. Capati yang lembut, segar beserta kuah Dhal.

Saturday, 17 March 2012

Bahulu Cermai Berwarna Warni

Bukan setakat bahulu cermai aje yang boleh warna-warni, bahulu bunga kemboja pun boleh buat pelbagai warna dan rasa. Cantik kan?

Friday, 16 March 2012

Pernah rasa Bahulu Garing?

Nak rasa bahulu bunga kemboja yang garing. Lebih masa membakarnya dan lebih rangup dimakan. Jom? Sila hubungi 0139702051