Wednesday, 7 March 2012

Resepi Kueh Dhal Masalodeh


Bahan-bahan  untuk persediaan 6-8 keping
2 genggam kacang dhal  direndam 5 jam atau semalaman
1/2 bii bawang besar di potong dadu
Cili kering atau cili merah atau cili hijau dihiris
Daun kari  di hiris
•Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil jintan manis yang ditumbuk kasar
1/2 biji telur Gred A


Cara-Cara Persediaan
Kacang dhal ditumbuk atau dikisar  halus tanpa perlu dicampur air
•Campurkan kacang dhal, bawang, daun kari,cili serbuk, jintan manis, & telur.
Perasakan dengan sedikit garam.
Gaul rata bancuhan diatas dan kepal-kepalkan hingga padat. Bahagi kepada 6-8 keping
Ambil satu keping  dan goreng dalam minyak masak. Biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai
Ini adalah persediaan Masalode dan bukannya Vadei memandangkan ramai yang keliru dengan kuih kuih yang berasal dari benua India.

Sekiranya memerlukan Masalode/Masalodeh dalam kuantiti yang banyak, Kak Bibah sedia bekalkan pada harga tawaran RM120 untuk 300 keping. Untuk makluman semua, masalode adalah kuih yang macam donut seperti yang tertera dalam gambar diatas manakala Vadey/Vadeh/Vadei pula adalah yang leper macam pring terbang. Sila hubungi 013-9702051 untuk tempahan atau kalau nak rasa sampel

No comments:

Post a Comment

Post a Comment