Tuesday, 20 March 2012

Capati Anyone?

Untuk tempahan bagi sebarang majlis, hubungi Kak Bibah terus. Capati yang lembut, segar beserta kuah Dhal.

Saturday, 17 March 2012

Bahulu Cermai Berwarna Warni

Bukan setakat bahulu cermai aje yang boleh warna-warni, bahulu bunga kemboja pun boleh buat pelbagai warna dan rasa. Cantik kan?

Friday, 16 March 2012

Pernah rasa Bahulu Garing?

Nak rasa bahulu bunga kemboja yang garing. Lebih masa membakarnya dan lebih rangup dimakan. Jom? Sila hubungi 0139702051

Sunday, 11 March 2012

Mesin Mixer Bahulu yang Tahan Lasak

Inilah mesin mixer berkapasiti tinggi yang digunakan untuk mengadun tepung, telur, gula dsbnya  untuk dijadikan bahan asal membuat bahulu bunga kemboja atau bahulu cermai.

Wednesday, 7 March 2012

Resepi Kueh Dhal Masalodeh


Bahan-bahan  untuk persediaan 6-8 keping
2 genggam kacang dhal  direndam 5 jam atau semalaman
1/2 bii bawang besar di potong dadu
Cili kering atau cili merah atau cili hijau dihiris
Daun kari  di hiris
•Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil jintan manis yang ditumbuk kasar
1/2 biji telur Gred A


Cara-Cara Persediaan
Kacang dhal ditumbuk atau dikisar  halus tanpa perlu dicampur air
•Campurkan kacang dhal, bawang, daun kari,cili serbuk, jintan manis, & telur.
Perasakan dengan sedikit garam.
Gaul rata bancuhan diatas dan kepal-kepalkan hingga padat. Bahagi kepada 6-8 keping
Ambil satu keping  dan goreng dalam minyak masak. Biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai
Ini adalah persediaan Masalode dan bukannya Vadei memandangkan ramai yang keliru dengan kuih kuih yang berasal dari benua India.

Sekiranya memerlukan Masalode/Masalodeh dalam kuantiti yang banyak, Kak Bibah sedia bekalkan pada harga tawaran RM120 untuk 300 keping. Untuk makluman semua, masalode adalah kuih yang macam donut seperti yang tertera dalam gambar diatas manakala Vadey/Vadeh/Vadei pula adalah yang leper macam pring terbang. Sila hubungi 013-9702051 untuk tempahan atau kalau nak rasa sampel

Resepi Vadey yang Mudah


Bahan-bahan Yang Di Perlukan:
  • 250gm kacang dhal kuning
  • 2 biji lada kering dihiris halus
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1/2 camca teh garam, secukup rasa
  • Minyak masak tanpa kolesterol
  • 2 tangkai daun kari, dihiris
  • 1/2 biji bawang besar, dicincang halus


Cara Penyediaan & Petua:

Rendam kacang dhal yang sudah dicuci 5 jam atau semalaman. 
Toskan kacang dhal sebentar. 
Kisar kacang 3/4 halus & agak kasar sedikit. 
Masukkan kesemua bahan lain-lain diatas ke dalam kacang tadi dan gaul rata. 
Leperkan bahan ini di atas tapak tangan yang dilapik plastik untuk mengelakkan melekat. 
Sedia digoreng dengan api sederhana hingga cantik keemasan . 
Angkat, tos kan dan sedia dimakan seperti gambar diatas
Sekiranya memerlukan Vadey pada kuantiti yang banyak, silalah hubungi Kak Bibah di 013-9702501 dengan tawaran harga RM120 untuk 300 keping (tidak termasuk kos penghantaran)

Tuesday, 6 March 2012

Promosi Bulan March-April 2012


Bahulu Bunga Kemboja dari RM 1.80 (min. 500)


Bahulu Cermai  dari 30 sen (min. 1000)


Bahulu adalah kuih tradisional Melayu pelbagai jenis dan rasa yang enak, sesuai untuk dijadikan cenderahati bagi sebarang majlis. 

Khidmat Penghantaran PERCUMA untuk sekitar Lembah Klang hingga ke Melaka  untuk tempahan 600 unit ke atas.

  • bagi kawasan lain, khidmat penghantaran dengan caj minima turut disediakan
  • Kesemua customised packaging ini disediakan khas buat tempahan bahulu bunga kemboja (bahulu pecah 8 – pakej door gift). 
  • Sila hubungi Kak Bibah 0139702051 atau salmahahaq@gmail.com atau salmahhaq@yahoo.com

Resipi Bahulu Untuk Dicuba

Resepi Mudah untuk Buat Bahulu:



10 biji telur gred A (elakkan telur kulit putih) 
350 gram gula pasir 
250 gram tepung gandum 
1/4 sudu baking powder 
*  perisa oren, choc. pandan &esen rose 
* pewarna pilihan

CARA: 
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan butter yang telah betul-betul kembang dan pekat
3. Kacau adunan dengan spatula. 
4. Bakar pada suhu 200-220 darjah celcius sampai perang & garing