Bahan-bahan Yang Di Perlukan:
- 250gm kacang dhal kuning
- 2 biji lada kering dihiris halus
- 1 camca teh jintan manis
- 1/2 camca teh garam, secukup rasa
- Minyak masak tanpa kolesterol
- 2 tangkai daun kari, dihiris
- 1/2 biji bawang besar, dicincang halus
Cara Penyediaan & Petua:
Rendam kacang dhal yang sudah dicuci 5 jam atau semalaman.
Toskan kacang dhal sebentar.
Kisar kacang 3/4 halus & agak kasar sedikit.
Masukkan kesemua bahan lain-lain diatas ke dalam kacang tadi dan gaul rata.
Leperkan bahan ini di atas tapak tangan yang dilapik plastik untuk mengelakkan melekat.
Sedia digoreng dengan api sederhana hingga cantik keemasan .
Angkat, tos kan dan sedia dimakan seperti gambar diatas
Sekiranya memerlukan Vadey pada kuantiti yang banyak, silalah hubungi Kak Bibah di 013-9702501 dengan tawaran harga RM120 untuk 300 keping (tidak termasuk kos penghantaran)
No comments:
Post a Comment