Untuk tempahan bagi sebarang majlis, hubungi Kak Bibah terus. Capati yang lembut, segar beserta kuah Dhal.
Tuesday, 20 March 2012
Saturday, 17 March 2012
Bahulu Cermai Berwarna Warni
Bukan setakat bahulu cermai aje yang boleh warna-warni, bahulu bunga kemboja pun boleh buat pelbagai warna dan rasa. Cantik kan?
Friday, 16 March 2012
Pernah rasa Bahulu Garing?
Nak rasa bahulu bunga kemboja yang garing. Lebih masa membakarnya dan lebih rangup dimakan. Jom? Sila hubungi 0139702051
Monday, 12 March 2012
Sunday, 11 March 2012
Mesin Mixer Bahulu yang Tahan Lasak
Inilah mesin mixer berkapasiti tinggi yang digunakan untuk mengadun tepung, telur, gula dsbnya untuk dijadikan bahan asal membuat bahulu bunga kemboja atau bahulu cermai.
Saturday, 10 March 2012
Wednesday, 7 March 2012
Resepi Kueh Dhal Masalodeh
Bahan-bahan untuk persediaan 6-8 keping
•2 genggam kacang dhal direndam 5 jam atau semalaman
•1/2 bii bawang besar di potong dadu
•Cili kering atau cili merah atau cili hijau dihiris
•Daun kari di hiris
•Garam secukup rasa
•1/2 sudu kecil jintan manis yang ditumbuk kasar
•1/2 biji telur
Gred A
•Cara-Cara
Persediaan
•Kacang dhal ditumbuk atau dikisar halus tanpa perlu dicampur air
•Campurkan kacang dhal, bawang, daun kari,cili serbuk, jintan manis, & telur.
•Perasakan dengan sedikit garam.
•Gaul rata bancuhan diatas dan kepal-kepalkan hingga padat. Bahagi kepada 6-8 keping
•Ambil satu keping dan goreng dalam minyak masak. Biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai.
•
Ini adalah persediaan Masalode dan bukannya Vadei memandangkan ramai yang keliru dengan kuih kuih yang berasal dari benua India.
Sekiranya memerlukan Masalode/Masalodeh dalam kuantiti yang banyak, Kak Bibah sedia bekalkan pada harga tawaran RM120 untuk 300 keping. Untuk makluman semua, masalode adalah kuih yang macam donut seperti yang tertera dalam gambar diatas manakala Vadey/Vadeh/Vadei pula adalah yang leper macam pring terbang. Sila hubungi 013-9702051 untuk tempahan atau kalau nak rasa sampel
Resepi Vadey yang Mudah
Bahan-bahan Yang Di Perlukan:
- 250gm kacang dhal kuning
- 2 biji lada kering dihiris halus
- 1 camca teh jintan manis
- 1/2 camca teh garam, secukup rasa
- Minyak masak tanpa kolesterol
- 2 tangkai daun kari, dihiris
- 1/2 biji bawang besar, dicincang halus
Cara Penyediaan & Petua:
Rendam kacang dhal yang sudah dicuci 5 jam atau semalaman.
Toskan kacang dhal sebentar.
Kisar kacang 3/4 halus & agak kasar sedikit.
Masukkan kesemua bahan lain-lain diatas ke dalam kacang tadi dan gaul rata.
Leperkan bahan ini di atas tapak tangan yang dilapik plastik untuk mengelakkan melekat.
Sedia digoreng dengan api sederhana hingga cantik keemasan .
Angkat, tos kan dan sedia dimakan seperti gambar diatas
Sekiranya memerlukan Vadey pada kuantiti yang banyak, silalah hubungi Kak Bibah di 013-9702501 dengan tawaran harga RM120 untuk 300 keping (tidak termasuk kos penghantaran)
Tuesday, 6 March 2012
Promosi Bulan March-April 2012
•Bahulu Bunga Kemboja dari RM 1.80 (min. 500)
•Bahulu Cermai dari 30 sen (min. 1000)
•Bahulu adalah kuih tradisional Melayu pelbagai jenis dan rasa yang enak, sesuai untuk dijadikan cenderahati bagi sebarang majlis.
Khidmat Penghantaran PERCUMA untuk sekitar Lembah Klang hingga ke Melaka untuk tempahan 600 unit ke atas.
- bagi kawasan lain, khidmat penghantaran dengan caj minima turut disediakan
- Kesemua customised packaging ini disediakan khas buat tempahan bahulu bunga kemboja (bahulu pecah 8 – pakej door gift).
- Sila hubungi Kak Bibah 0139702051 atau salmahahaq@gmail.com atau salmahhaq@yahoo.com
Resipi Bahulu Untuk Dicuba
Resepi Mudah untuk Buat Bahulu:
10 biji telur gred A (elakkan telur kulit putih)
350 gram gula pasir
250 gram tepung gandum
1/4 sudu baking powder
* perisa oren, choc. pandan &esen rose
* pewarna pilihan
CARA:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan butter yang telah betul-betul kembang dan pekat.
3. Kacau adunan dengan spatula.
4. Bakar pada suhu 200-220 darjah celcius sampai perang & garing
10 biji telur gred A (elakkan telur kulit putih)
350 gram gula pasir
250 gram tepung gandum
1/4 sudu baking powder
* perisa oren, choc. pandan &esen rose
* pewarna pilihan
CARA:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan butter yang telah betul-betul kembang dan pekat.
3. Kacau adunan dengan spatula.
4. Bakar pada suhu 200-220 darjah celcius sampai perang & garing
Subscribe to:
Posts (Atom)